Kepalsuan Hadith Kelebihan Tarawikh

>> Friday, September 4, 2009

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIkH

sila rujuk http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Read more...

Ahlan Ya Ramadhan!

>> Thursday, August 20, 2009

Assalamualaikum WMH..

Ahlan Ya Ramadhan.. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. Syukur pada-Mu kerana kami masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan lagi tahun ini.. Alhamdulillah.. Semoga Ramadhan kali ini mamu diperbaiki lagi kelak.. Insya-Allah..

Apabila kita telah masuk dalam malam pertama dari bulan Ramadhan. Berniatlah pada malam itu bahwa kita akan berpuasa pada esok hari. Mulai pada malam itu tegakkanlah shalat tarawih secara berjamaah. Disamping itu ada beberapa hal yang mesti diperhatikan dalam melaksanakan ibadah bulan Ramadhan dengan "sukses", sebagai berikut:

  1. Setelah masuk waktu sahur, yakni menjelang waktu subuh, hendaklah sahur, Rasulullah bersabda, "Tasahharuu fainna fissahuuri barakah... Bersahurlah karena di dalam (makan) sahur itu ada barakah" (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim). "Tasahharuu walau bijur 'atimmimmaa'in... Bersahurlah meskipun hanya seteguk air" (HR. Ibnu Hibban).
  2. Sesudah bersahur dengan memelihara adab-adabnya, bersihkanlah mulut dengan sebersih-bersihnya dan nantikanlah waktu subuh.
  3. Apabila telah terbit fajar, tahankanlah diri dari makan, minum, menyimak istri, dan segala hal yang membatalkan puasa.
  4. Seusai shalat subuh, bacalah Al-Qur'an sesuai dengan kemampuan.
  5. Di siang hari hendaklah menjauhkan diri dari perbuatan haram, bahkan menjauhkan diri dari pekerjaan yang makruh dan sia-sia.
  6. Usahakankah agar selalu shalat fardhu dapat dilaksanakan secara berjama'ah.
  7. Sedapat mungkin agar tiap hari menyediakan waktu sesudah shalat untuk membaca Al-Qur'an.
  8. Bila Matahari telah nyata terbenam, bersegeralah berbuka puasa dengan sedikit makan yang manis dan lezat. Sesudah itu tunaikan shalat maghrib. Sesudah shalat maghrib baru menyempurnakan makan dengan mengikuti adab-adab berbuka. Tiap malam kerjakan shalat lail, atau qiyam Ramadhan.
  9. Bila telah memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan, tingkatkan ibadah dengan melaksanakan i'tikaf dan menggapai Lailatul Qadar yang terletak di salah satu malam ganjil pada sepuluh hari terakhir.

Kiat Menyempurnakan Puasa

Supaya puasa dapat dilaksanakan dengan sempurna, berikut ini beberapa tips tambahan yang penting diperhatikan dan dipraktekkan dalam amaliyah Ramadhan.
  1. Makan sahurlah supaya anda lebih kuat menghadapi puasa. Seluruh umat Islam menentukan sunahnya sahur dan makruh apabila ditinggalkan. Sahur ahsannya (lebih baik) dilambatkan asal jangan dekat sekali dengan fajar subuh. Apabila ragu tentang terbit fajar, maka ia boleh terus makan dan minum sampai diyakini terbitnya fajar.
  2. Berbuka bila telah nyata terbenam matahari dengan sedikit kurma dan minuman, kemudian shalat maghrib.
  3. Berdoa kepada Allah di waktu berbuka dan berdzikir di celah-celah puasa, memperbanyak taubat, memperbanyak kebajikan dan menjauhi segala yang dibenci Allah. Doa berbuka puasa,"Allahumma laka shumtu, wabika aamantu wa 'ala rizqika aftartu fataqabbal minna innaka antassami'ul 'aliimu... Wahai Tuhanku, untuk-Mu aku berpuasa, dan kepada-Mu aku beriman. Dengan rezeki-Mu aku berbuka, maka terimalah amal kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui".
  4. Mandi sebelum fajar dari hadast besar, supaya memasuki puasa dalam keadaan suci.
  5. Menahan lidah dari perkataan dusta, bertengkar serta segala perkataan yang tidak baik dan tidak bermanfaat, seperti mengumpat, memfitnah, ghibah (menggunjing) atau memperkatakan kehormatan orang lain.
  6. Menahan diri dari pengaruh marah dan dari bersikap kurang wajar, kurang sabar dan sikap yang tidak etis lainnya.
  7. Selalu berusaha mencari ridha dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan mensyukuri segala nikmat-Nnya.
  8. Bermurah-tangan, banyak membantu kesusahan dan kesibukan orang lain, bersedekah, murah senyum, dan sebagainya.
  9. Menggunakan setiap waktu di bulan Ramadhan untuk mendalami masalah agama, memperbanyak ibadah dan amal shalih, menambah persaudaraan, banyak memberikan layanan sosial pada umat.
  10. Selalu berpegang teguh untuk tidak mencari makan kecuali yang halal, suci, thayyib, bergizi tinggi, agar tidak menjadikan perut timbunan "barang haram", serta menafkahkannya di jalan Allah.
  11. Memelihara jiwa dari berbagai macam penyakit dengki, hasad, iri, ujub, takabur, riya', dan memelihara seluruh anggota tubuh dari berbagai kemaksiatan, selalu bersikap tenang menjaga iffah, harga diri dan kehormatan. Dan berbagai amalan ruhani, lisan maupun anggota badan yang makin menambah "nilai taqwa".

Read more...

Hadiah Terbaik...

>> Sunday, August 2, 2009

Assalamualaikum WMH..



"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"


Hadiah Terbaik :



Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan





Wallahua'lam

Read more...

Ulangtahun ke 20

>> Sunday, March 1, 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,





Selamat datang sekali lagi ke Laman Blog Rasmi Alumni Al-Hidayah Ipoh yang telah diubahsuai mengikut feedback dan saranan dari para alumni sekalian. Sedar ataupun tidak, sekolah kita yang meninggalkan banyak memori dan kesan langsung atau tidak langsung di dalam kehidupan kita ini telah mencapai umurnya yang ke 20 tahun pada tahun ini. Kalau ada yang masih ingat, sekolah kita ini bermula dengan penuh "humble" sekali iaitu dengan hanya sebuah rumah. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, usaha murni kegigihan guru-guru kita serta mereka yang membanting tulang membina kompleks pendidikan ini dalam segala bentuk usaha juga kepada kita murid-murid yang menceriakan lagi suasana (^_^), telah manjadikan kompleks pendidikan ini seperti yang dapat kita lihat sekarang. Sudah tentu belum berakhir di sini sahaja, selagi adanya kita insyaAllah. Masa hadapan bakal menyaksikan sesuatu yang lebih hebat lagi jika kita bersama menjadi mata rantai penyambung yang bakal membawa sekolah ini setapak lebih jauh menuju matlamat dan visi penubuhan Al-Hidayah itu sendiri, insyaAllah.



Feel free untuk link blog ini ke blog anda. War-warkan juga kepada yang lain...Anda turut dialu-alukan untuk menyumbang mengembang majukan lagi blog ini. Sebarang cadangan, kritikan, sumbangan, etc. boleh terus menghubungi Administrator di alamat emel ini:

adminalumnihidayah@gmail.com

sekian sahaja dari
Admin Alumni Hidayah

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP